Jenayah

Rizalman Bebas Dadah – Polis KL

KUALA LUMPUR : Polis hari ini mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar bebas daripada penyalahgunaan dadah setelah menerima keputusan ujian air kencing daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihak Patologi HKL telah mengesahkan ujian air kencing beliau negatif.

Terdahulu dalam satu laporan yang tersebar di media sosial, saringan air kencing Rizalman dilaporkan tidak mengandungi dadah.

“Sebaik sahaja penahanan beliau, pegawai polis menghantar sampel air kencing Rizalman kepada pihak HKL untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, Jabatan Patalogi HKL mengesahkan bahawa ujian saringan awal polis tidak mengandungi sebarang jenis dadah dan tiada tindakan lanjut dikenakan kepada Rizalman,” katanya kepada dihubungi di sini pada Sabtu lapor Astro Awani.

Mengulas mengenai tangkapan Rizalman dan rakan-rakannya, Mazlan berkata, pihak polis melaksanakan tugas secara adil dan saksama serta tiada unsur penganiayaan dalam kes ini.

Katanya, pihaknya juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");