Berita Hari Ini

RUU Antiberita Tidak Benar 2018: Lulus Di Peringkat Dasar

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 di peringkat dasar selepas mendapat undian majoriti ahli Parlimen.

Memetik laporan Astro AWANI, RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 123 ahli Parlimen menyokong berbanding 64 menolak.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

RUU itu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada 26 Mac lepas, dibahaskan selama dua hari iaitu pada 29 Mac lalu dan hari ini.

Bacaan kali kedua dan sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa diteruskan sebelum perlu diluluskan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");