Berita Hari Ini

Sabah Isytihar Tarikh Mengundi Hari Kelepasan Am Tambahan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada tarikh tersebut.

Menerusi laporan Bernama, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata keputusan itu selaras dengan keputusan kerajaan pusat untuk mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Negeri Sabah.

Pada 10 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh itu sebagai hari mengundi PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");