Berita Hari Ini

Sabah terus maju di bawah BN

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan Sabah akan terus maju jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mahu usaha menghapuskan jurang pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak terus diperhebatkan, apatah lagi ia tidak dilakukan oleh pemimpin terdahulu yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Katanya, sebab itu kerajaan Pusat memberi peruntukan besar termasuk dana RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif di Sabah, selain mewujudkan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang mampu mengubah seluruh kawasan di Sabah dalam tempoh lima tahun.

Berita Harian

LOG MASUK
BERITA»Politik
Isnin, 30 April 2018 | 1:45pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. – Foto Edmund Samunting
Sabah terus maju di bawah BN

Oleh Poliana Ronnie Sidom
[email protected]
Share

Tweet

Share
SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan Sabah akan terus maju jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mahu usaha menghapuskan jurang pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak terus diperhebatkan, apatah lagi ia tidak dilakukan oleh pemimpin terdahulu yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Katanya, sebab itu kerajaan Pusat memberi peruntukan besar termasuk dana RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif di Sabah, selain mewujudkan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang mampu mengubah seluruh kawasan di Sabah dalam tempoh lima tahun.

“Di Sabah, apabila (Ketua Menteri) Tan Sri Musa (Aman) kata nak minta tolong baiki sekolah daif, beliau pun tak mimpi (menyangka) apabila saya setuju luluskan RM1 bilion… sebab saya nak pastikan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ada tak pemimpin 22 tahun itu janji macam ini?

“Sebab itu kita buat Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai RM16 bilion. Itu fasa pertama, ada lagi fasa kedua, fasa ketiga… seluruh kawasan Sabah dan wilayah ini akan berubah.

“Kita ada agenda, bukan janji nak lepaskan janji di mulut, bukan dalam hati, kita tepati janji,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Musa; calon BN Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin serta calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan Karamunting, Datuk Samsudin Yahya serta Lim Kai Ming.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata Sabah juga tidak pernah berada pada hati pemimpin pembangkang ketika ini yang dulunya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apatah lagi untuk datang ke Sabah ketika itu dan membawa buah tangan kepada rakyat negeri ini.

Sebaliknya, katanya, pemimpin pembangkang itu menghina rakyat dengan mengatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah ‘dedak’.

“Itu maknanya orang Sabah tiada dalam hati kecilnya. Saya lebih kerap melawat Sabah dalam sembilan tahun (sebagai Perdana Menteri) daripada dia selama 22 tahun,” katanya.

Najib juga meminta rakyat Sabah membuat penilaian menggunakan akal dan memilih parti yang boleh menjadikan hidup mereka lebih baik pada masa depan.

“Dalam pilihan raya bila kita nak pilih, apakah ukuran dan kriterianya? Tentu sekali kita gunakan akal fikiran… kena pilih mana satu pihak yang boleh mengubah hidup kita, bukan (parti) main emosi, bukan (parti) main slogan, tabur fitnah dan bukan (individu) mengejar agenda peribadi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima borang keahlian daripada 754 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang keluar parti itu untuk menyertai BN, serta 146 ahli Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) yang turut meninggalkan parti pembangkang tempatan itu.

Turut diumumkan pada majlis itu ialah seramai 120 orang ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang keluar parti bagi menyertai BN.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");