Berita Hari Ini

Saifuddin, Nasruddin Beradu Di Indera Mahkota

KUANTAN: PKR mengumumkan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, pada majlis Jamuan Makan Malam PRU-14 di sini, malam ini.

Ia sekali gus menyaksikan sejarah kembali berulang apabila Saifuddin dijangka menentang Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang sudah dinamakan sebagai calon PAS yang akan bertanding di kawasan itu.

Pada PRU-13, Saifuddin, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, tewas kepada Nasrudin di Parlimen Temerloh.

Fauzi, yang juga penyandang Ahli Parlimen Indera Mahkota, akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing.

Penyandang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga.

PKR turut mengumumkan calonnya yang akan bertanding DUN Semambu dan Teruntum, masing-masing penyandang kawasan berkenaan Lee Chean Chung dan Sim Chon Siang.

Di DUN Panching, PKR meletakkan Kamarzaman Mohamed Yunus, manakala Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai calon di DUN Inderapura.

– BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");