Panasnya Hari Ini

Saingan 3 Penjuru di Parit

SERI ISKANDAR: Parlimen Parit menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR.

Situasi sama turut berlaku di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja dan Bota.

https://www.facebook.com/peraktoday/photos/a.554268377956429.1073741826.523441357705798/1731231946926727/?type=3&theater

Bagi Parlimen Parit, BN menampilkan Datuk Mohd Nizar Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri manakala PAS mengetengahkan Dr Najihatussalehah Ahmad dan Tarmizi Mohd Jam mewakili PKR.

Di DUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah yang juga calon baharu BN, bakal ditentang Mohd Zahid Abu Bakar daripada PAS dan calon PKR diwakili Yahanis Yahya.

Manakala Ketua Pemuda BN negeri, Khairul Shahril Mohamed berentap dengan Muhamad Ismi Mat Taib (PAS) dan Azrul Hakkim Azhar (PKR).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Parit, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Seri Iskandar.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");