Membawang Hari Ini

Sakinah Berlakon Kelakar Nak Mampus, Kalau Juri Nilai Boleh Menang

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Shiera memberikan kata-kata semangat buat adiknya, Sharifah Sakinah yang tidak berjaya memenangi anugerah Meletop 2018.

Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, berkata dia tidak mengetahui cara untuk mengundi secara dalam talian menyebabkan Sakinah gagal membawa pulang trofi.

Menurut Shiera lagi, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu mampu untuk memenangi anugerah tersebut jika ia dinilai oleh juri profesional.

“Tahun lepas adik aku berlakon memang kelakar nak mampus. Kalau pakai juri profesional kau menang. Undi… memang tak dapat nak tolong sebab aku tak reti.

 

 

“Dan tak ada masa nak mengundi. Tapi kau memang kelakar. Tak ada orang boleh berlakon idea macam itu.

“Otak bijak, berlakon bodoh-bodoh. Teruskan mewarnai dunia seni. Bagi orang gembira,” kata Shiera menerusi laman Instagramnya.

Sakinah pertama kali dicalonkan dalam kategori Pelakon Lawak MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kategori tersebut telah dimenangi oleh pelakon dan pelawak Zizan Razak menerusi filem Abang Long Fadil 2.

 

Tambah Shiera, dia mengikut kata-kata pelakon dan pengarah Sabri Yunus atau dikenali menerusi watak dalam drama Pok Ya Cong Codei yang mengatakan setiap lawak itu memerlukan pembohongan.

Malah pelakon drama bersiri Coffee Prince ini berharap Sakinah tidak akan pernah berputus asa untuk menghiburkan peminatnya.

“Bak kata Pak Ya Concode, lawak kena bohong. Aku pun kalau bab undi memang kalah. Buta teknologi nak mengundi.

“Tapi jangan pernah putus asa untuk menghiburkan. Buat saja sampai tak larat,” katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Malah, mereka juga memuji lakonan Sakinah yang bersahaja.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");