Berita Hari Ini

Saya Jawab Setiap Soalan Dengan Baik: Arul Kanda

Saya

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengulas laporan langsung Malaysiakini semalam yang menyatakan beliau diasak dengan soalan seorang hadirin dalam ceramah BN di Shah Alam, semalam.

Arul berkata lelaki itu bertanya soalan tetapi tidak peduli untuk mendengar jawapannya.

“Dia mengadap pentas tetapi bercakap dengan kawannya dan bermain telefon. Malaysiakini tidak menyebut bahagian ini.

Malaysiakini juga tidak menyatakan saya menghabiskan lebih sepuluh minit menjawab setiap soalan yang dibangkitkannya.

“Maka tajuk Malaysiakini tidak menggambarkan keadaan sebenar – ia menggambarkan saya diasaknya tetapi sebenarnya terbalik. Dia tanya lima soalan dan tidak berminat dengan jawapan yang diberi, saya pula berusaha memberi penjelasan terperinci,” katanya lagi.

Arul juga menuduh Malaysiakini tidak menyatakan lelaki itu dihantar pembangkang untuk mencetuskan provokasi.

“Dia tidak jangka saya dapat menjawab semua soalan dengan memuaskan. Anda hanya perlu mendengar sorakan hadirin untuk melihatnya,” katanya lagi

Menurut laporan Malaysiakini, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zulfahan Pagon, bekas anggota Umno, mengemukakan soalan berkenaan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan akaun 1MDB yang diaudit.

Zulfahan mendakwa Arul berbohong tentang wang berjumlah AS$681 juta yang dideposit ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini juga melaporkan Arul memberitahu lelaki itu bahawa beliau memutarbelit isu menggunakand dakwaan yang dibuat pembangkang.

“Bagaimana dia bertanya soalan? Dia hanya mengulang putarbelit pembangkang (tentang 1MDB),” katanya seperti dipetik.

Laporan itu juga menyebut kenyatan Arul disambut sorakan “betul” daripada hadirin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");