Isu Panas

‘Saya Tidak Bertanding Atas Nasihat Sultan Johor’ – Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU: Persoalan tindakan bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi yang tidak bertanding sebagai calon bebas di P.150 Parlimen Batu Pahat terjawab apabila beliau memuat naik kenyataan media di laman sosial Facebook miliknya.

Mohd Puad berkata tindakan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Katanya, sebagai rakyat Johor yang setia, dia akur dan patuh serta yakin nasihat itu diberikan atas kepentingan ‘Bangsa Johor’.

“Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya, saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan Bangsa Johor.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keprihatinan, tunjuk ajar dan nasihat baginda yang sudah tentu banyak hikmahnya,” katanya yang memilih untuk menghadiri majlis bertandang anak perempuannya, Nur Hanini Mohd Puad, di sebelah pihak lelaki di Bandar Baru Uda, Johor Bahru lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Mohd Puad menyuarakan hasrat untuk menjadi calon bebas ekoran tidak puas hati namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selain mendakwa terdapat kerosakan pada pemilihan calon dalam UMNO.

Namun, sehingga tempoh penamaan calon tamat, kehadiran Mohd Puad tidak kelihatan untuk memberikan saingan.

Pada PRU14, Parlimen Batu Pahat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Haliza Abdullah, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan Mahfodz Mohamed dari Pas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");