Berita Hari Ini

Selepas Diserbu Semalam, Pasar Raya AEON Tebrau Ditutup Hari Ini

JOHOR BAHRU: Selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan istimewa apabila membayar kesemua barangan yang dibeli oleh pengunjung di AEON Mall Tebrau City semalam, pasar raya itu ditutup hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook Aeon Mall Tebrau City pagi ini memaklumkan pasar raya itu ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Kehadapan pelanggan yang dihargai. Seksyen pasar raya AEON Mall Tebrau City ditutup pagi ini sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” tulis kenyataan tersebut.

Tular di media sosial pagi ini gambar yang didakwa dalam pasar raya tersebut dengan barangan yang tidak sempat dibeli.

Tunku Ismail dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam tiba di pusat beli- belah itu pada sebelah petang semalam secara spontan beramah mesra dengan para pengunjung yang sedang membeli keperluan asas.

Tunku Ismail kemudian membuat pengumuman untuk membayar kesemua barangan yang dibeli pelanggan menerusi alat pembesar suara.

Ia disambut penuh gembira dan rasa teruja oleh pengunjung daripada pelbagai kaum yang kemudiannya ‘menyerbu’ pusat beli-belah di tingkat bawah berkenaan yang menempatkan pelbagai barangan keperluan asas harian.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");