Sukan Hari Ini

Shahril Puas Sumbang Gol Buat Malaysia

PENYERANG skuad hoki lelaki negara, Muhammad Shahril Saabah, puas menghadiahkan satu gol untuk membantu Malaysia menamatkan saingan Sukan Komanwel 2018 di tempat
kelima.

Ia adalah gol pertama Shahril pada 2018 dan paling manis apabila ia terhasil dalam detik penentuan tempat kelima dan keenam untuk Malaysia melakar pencapaian lebih baik berbanding tempat ketujuh di Glasgow empat tahun lalu.

Selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke-11, skuad negara berusaha untuk bangkit dan Shahril hadir tepat pada masa untuk menyempurnakan hantaran Najmi Farizal Jazlan bagi mengikat kedudukan pada minit ke-21.

“Ia adalah jaringan pertama untuk saya bagi tahun 2018, terima kasih kepada Najmi Farizal atas bantuan gol yang dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah untuk pasukan kerana memberikan aksi maksimum walaupun ia adalah aksi terakhir,” kata Shaaril, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Apa yang pasti, ketua jurulatih, Stephen Van Huizen, memuji semangat tidak putus asa anak buahnya untuk terus memastikan pasukan tidak ketinggalan.

Mengakhiri saingan di tempat kelima tetap prestasi terbaik negara walaupun gagal ke separuh akhir.

“Ada perlawanan yang kami tampil dengan baik tetapi bertemu England, kami agak perlahan. Setiap perlawanan kami terus meningkat.

“Apa yang penting adalah keputusan yang diraih,” ujar Van Huizen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");