Isu Panas

Shahrizat Nafi Spekulasi Bertanding Di Parlimen Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya tawaran untuk bertanding di Bandar Tun Razak tidak akan diterima walaupun yakin kawasan itu boleh dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN) daripada PKR.

“Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak. Jawapan saya, tidak walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan Nasional boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya dalam catatan Facebook beliau lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan terdapat ura-ura Shahrizat bakal bertanding sebagai calon BN di Parlimen Bandar Tun Razak yang tradisinya ditandingi oleh wakil daripada MCA.

Pada PRU13, wakil MCA kalah kerusi Bandar Tun Razak kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan majoriti 11,832 undi yang kemudiannya menjadi calon Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");