Berita Hari Ini

Simbolik Anak Muda Bawa Peranan Utama

KUALA LUMPUR: Pelancaran Manifesto Orang Muda Barisan Nasional (BN) dikenali Jaminan Orang Muda (JOM BN) menjadi simbolik anak muda membawa peranan paling utama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi Sahabat Puteri BN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lapan jaminan ditawarkan BN adalah gambaran prospek dan ‘blueprint’ yang bakal digunapakai demi kebajikan anak muda sekiranya BN kekal sebagai parti pemerintah.

Memetik laporan BH Online, ujar beliau, anak muda sekarang bukan hanya sekadar pemerhati pada PRU14, tetapi mereka juga penentu kepada masa depan generasi ini.

“Dengan peratusan berjumlah hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, ini menunjukkan keterujaan anak muda untuk sama-sama dalam menyumbang dalam pilihan raya umum.

“Justeru, tawaran dibentangkan selari dengan pembangunan ekonomi yang pesat dengan mengambil tindakan afirmatif bagi mengawal serta memastikan pembangunan ekonomi anak muda selari dengan ekonomi dunia,” katanya dalam kenyataan.

JOM BN – Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda dilancarkan oleh Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Mas Ermieyati berkata, beliau yakin belia Malaysia menginginkan kualiti hidup, ekonomi dan kestabilan negara yang lebih baik.

“Saya juga percaya orang muda mahukan peranan yang lebih besar dalam menentukan halatuju negara,” katanya.

Justeru katanya, Sahabat Puteri BN akan terus komited untuk bersama-sama Khairy bagi memastikan anak muda diberi prospek khusus demi pembinaan masa depan belia yang lebih tersusun ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Semoga Barisan Nasional terus diberi mandat dalam pemerintahan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");