Sukan Hari Ini

Southampton perlu konsisten

LONDON: Dua keputusan terakhir di Southampton menceriakan suasana di St Mary namun mereka perlu kekal konsisten untuk melepaskan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, kata pengurus Mark Hughes.

Saints mencatat keputusan seri dengan Leicester City dan kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth Sabtu lalu, satu mata untuk melepasi zon penyingkiran, berbaki tiga perlawanan.

“Kami meletakkan tahap yang tinggi dari aspek kualiti dan perlu menunjukkan dalam perlawanan selepas ini jadi ia bukan sesuatu yang mudah,” kata Hughes yang menggantikan Mauricio Pellegrino yang dipecat bulan lalu.

“Kami mendapat peluang untuk mengubah nasib. Keputusan mengubah segala-galanya. Ia mengubah persepsi, mentaliti manusia, mentaliti penyokong, ia tidak lagi negatif sekarang.”

Dusan Tadic yang menjaringkan kedua-dua gol ke atas Bournemouth menggesa kelab supaya mengekalkan Hughes melepasi akhir musim ini.

“Saya fikir beliau perlu kekal di Southampton kerana beliau adalah jurulatih hebat, jurulatih yang tepat buat Southampton. Semua orang boleh melihatnya,” kata Tadic.

“Perkara paling penting sekarang adalah kami kekal di liga tetapi beliau memang hebat buat Southampton.”

Southampton akan berkunjung ke Everton yang menduduki tangga kelapan pada Sabtu.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");