Berita Hari Ini

SPR Mesyuarat Esok Tentukan Tarikh Penting PRU14

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi esok, antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.

“Turut dibincangkan ialah daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU14 dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu (7 April) bagi memberi laluan kepada PRU14.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");