Perak Hari Ini

SPR Perak Terima 71 Pencalonan Parlimen, 171 Dun

IPOH: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengumumkan telah menerima 71 nama calon bagi kerusi Parlimen dan 171 nama calon bagi kerusi DUN di negeri itu.

Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail berkata daripada keseluruhan borang penamaan yang diterima 5 kawasan bakal menerima saingan 4 penjuru.

“Lima kawasan akan meneruma saingan 4 penjuru iaitu di N07 (Dun Batu Kurau), N14 (Dun Changkat Jering), N24 (Dun Hulu Kinta), N49 (Dun Sungai Manik) dan P062 (Parlimen Sungai Siput),” katanya pada sidang media khas di Bilik Gerakan Media SPR disini, hari ini.

Selain itu katanya, Barisan Nasional (BN) telah menamakan calon di 24 kerusi Parlimen dan 59 calon bagi DUN di seluruh Perak.

PAS pula telah menamakan 21 calon bagi kerusi Parlimen dan 44 calon bagi kerusi Dun.

Sementara itu PKR  pula menyenaraikan 24 calon bagi kerusi Parlimen dan 59 calon bagi kerusi DUN.

Selebihnya jelas beliau, SPR menerima 2 nama calon dari parti PSM untuk kerusi Parlimen dan 5 nama bagi kerusi Dun selain 2 calon bagi parti Berjasa dan 2 pencalonan Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");