Perak Hari Ini

“Sudah Berbuih Mulut Disanggah..”- Zambry

IPOH: Pengulangan isu-isu oleh pembangkang yang sudah dijawab kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) jelas menunjukkan Pakatan Harapan (PH) Perak sudah ketandusan idea.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara yang diketengahkan mereka dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) juga tidak lebih hanya sekadar gula-gula dan ‘umpan’ untuk ‘memancing’ rakyat.

Ketika ditanya pemberita tentang dakwaan ulangan pembangkang semasa melancarkan manifesto semalam dengan mendakwa negeri Perak sebagai negeri kedua termiskin, beliau berkata ia telah dijawab berulang kali oleh semua pihak termasuk menerusi media dan juga di dalam beberapa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Telah ‘berbuih mulut disanggah malah, ianya juga telah dijawab oleh pakar ekonomi. Mereka seolah-olah hendak mempertontonkan kepada rakyat yang mereka boleh ‘membuai’ rakyat dengan perkara tidak benar.

“Tidak ada benda baharu. Hanya menunjukkan video seolah-olah negeri ini miskin. Tapi saya yakin yang rakyat tahu ini telah disanggah beberapa kali dan rakyat juga tidak akan terpengaruh dengan apa yang disebutkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Orang Asli Bersama Menteri Besar di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Selain itu, tambahnya, isu pengauditan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang juga diulangi mereka jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan pembangkang.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa hal ini turut telah diperjelaskan berkali-kali dalam Sidang (DUN).

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang tawaran pembangkang kepada warga Felda, Zambry berkata ia tidak lebih hanya sekadar mahu memancing undi daripada masyarakat luar bandar.

“Saya yakin warga Felda tidak akan terpedaya dengan ‘gula-gula’ mereka yang hanya datang hanya pada waktu PRU, berbanding dengan kita yang senantiasa bekerja untuk Felda dan masyarakat luar bandar yang lain,” jelasnya.

Ujarnya lagi, manifesto seharusnya menjadi medium untuk mengetahkan dasar, polisi mahupun alternatif bagi percancangan masa depan baharu sebagaimana yang akan diketengahkan BN Negeri, dalam menifesto mereka nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");