Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Bubar DUN Ke-13

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13, berkuat kuasa hari ini.

Ia selaras dengan Perkara 32 (2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Usai istiadat menandatangani warkah pembubaran, Baginda berkenan bertitah dan menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat semenjak 7 Mei 2013.

Keberangkatan Baginda ke majlis tersebut di Istana Iskandariah, dekat sini, pada Isnin turut diringi, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Idris Shah.

Sultan Perak juga diiringi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan ketua-ketua jabatan kerajaan seluruh negeri.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Sultan Perak sendiri yang berkenan menitahkan supaya suatu istiadat khas diadakan bagi menzahirkan pengumuman DUN Perak bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Ke-14 diadakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");