Perak Hari Ini

Susur Keluar Lebuhraya, Hospital: Antara Aku Janji Calon Parlimen Kampar

KAMPAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong menjanjikan dua Aku Janji utama kepada pengundi di kawasan itu sekiranya diberikan mandat semula.

Menurut beliau, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah mendapatkan satu susur keluar kepada rakyat Kampar.

“Saya cadang nak dapatkan satu susur keluar dari Lebuhraya PLUS ke Kampar bagi memudahkan rakyat disini.

“Sebelum ini saya ada difahamkan bahawa pihak PLUS ingin membuka susur keluar dan saya akan cuba dapatkan ia di Kampar,” katanya ketika ditemui Peraktoday, disini.

Selain itu, Chee Leong turut berjanji untuk berusaha mewujudkan sebuah hospital baru bagi kemudahan rakyat di Parlimen itu.

Malah katanya, usaha untuk mewujudkan hospital berkenaan telah dimulakan sejak beliau masih bergelar Ahli Parlimen kawasan itu.

“Satu lagi, saya nak dapatkan hospital baru untuk rakyat Kampar. Ini adalah projek saya semasa masih bergelar ahli parlimen sebelum ini.

“Saya telah usahakan ketika itu dan saya harap jika diberi mandat maka projek ini dapat direalisasikan untuk rakyat Kampar.

“Sebelum ini, saya ada mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, malah tapak tanah juga telah ada,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pengundi di Kampar diharap kembali memberikan mandat kepada beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Chee Leong yang merupakan orang tempatan Kampar telah menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 1990 sebagai Adun Tanjong Tualang.

Beliau kemudiannya, terus diyakini rakyat apabila dipilih sebagai Adun Malim Nawar selama 3 penggal bermula 1995 sehingga 2004.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Chee Leong telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kampar namun beliau kalah pada PRU 2013 akibat Tsunami Cina pada ketika itu.

Namun, Chee Leong dilihat tidak berputus asa dan terus turun padang bagi membantu rakyat di kawasan Kampar.

PRU 14 kali ini, Chee Leong sekali lagi mempertaruhkan diri beliau sebagai calon BN di Parlimen itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");