Membawang Hari Ini

Syamsul Yusof Elak Mengarah Bersama Adik

SEBUT sahaja nama Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof, keduanya cukup dikenali sebagai antara pengarah hebat masa kini dengan idea-idea yang superb.

Justeru apa yang akan terjadi jika mereka berdua ini digandingkan di dalam satu filem?

Pertemuan dengan Syamsul baru-baru ini, Sinar Harian telah bertanyakan soalan tersebut.

Jelas Syamsul, sebolehnya dia enggan berbuat demikian.

Katanya, ini bagi mengelakkan timbul masalah seperti percanggahan pendapat dan idea.

“Saya percaya sesebuah filem itu tidak boleh diarahkan oleh dua orang individu, kerana pastinya akan wujudnya pertembungan idea.

“Ini kerana seseorang pengarah itu mempunyai kuasa veto dalam menentukan keputusan jadi bila ada dua pengarah sudah pastinya sukar untuk mendapat kata sepakat.

“Lagi pula saya dan Syafiq sama-sama dominan dalam bekerja. Lainlah kalau dia fokus pada babak CGI dan saya selebihnya, itu mungkin boleh,” katanya lapor Sinar Harian.

Mengakui kagum dengan kejayaan yang dikecapi Syafiq, Syamsul berkata, turut mendorong dirinya untuk buat yang lebih baik.

“Pencapaian cemerlang Syafiq turut memberikan persaingan yang sihat dalam bidang pengarahan. Jadi perkara itu secara tidak langsung memberikan saingan kepada saya sebagai seorang pengarah juga.

“Saya lihat persaingan itu penting untuk memperbaiki mutu pengarahan supaya sesebuah filem itu dapat diterima oleh penonton,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");