Perak Hari Ini

Tajuddin Janji 5 Perkara Untuk Belia Pasir Salak

KAMPUNG GAJAH: UMNO Pasir Salak menjanjikan lima perkara kepada belia di kawasan itu jika Barisan Nasional (BN) dapat dipertahankan di kerusi Parlimen Pasir Salak serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah dan DUN Sungai Manik pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketuanya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ‘manifesto kawasan’ yang dikhususkan kepada golongan pemuda itu akan memberi manfaat kepada lebih dari 1,000 orang.

Jelasnya, perkara pertama yang dijanjikan ialah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada belia dalam Parlimen Pasir Salak.

Keduanya, dalam usaha meningkatkan peluang ekonomi kawasan setempat, beliau berjanji akan memberi ruangan khusus kepada anak-anak muda dalam menjadi peserta di Tanah-tanah Rancangan Berkelompk, di sini.

“Seterusnya kita akan meneruskan usaha dalam menyediakan lot-lot tanah perumahan untuk belia. Kita tahu ramai dalam golongan mereka yang menghadapi masalah ini.

“Sebelum ini kita sudah beri banyak lot tanah dan rumah untuk mereka seperti di Bandar Baru Seberang Perak serta projek-projek rumah generasi kedua yang mana fasa pertama sudah siap. Fasa seterusnya sedang dalam pembinaan,” katanya.

Selain itu, perkara keempat yang turut dijanjikan beliau ialah dengan memberikan ruang kepada gologan belia dalam projek pelancongan agro yang bakal diwujudkan di sekitar pesisir Sungai Perak yang mana ianya diharap dapat menjadi katalis kepada pembanggunan belia setempat.

Pada masa sama, Tajuddin turut menjanjikan pembinaan sebuah bangunan UMNO di pekan Kampung Gajah yang mana ianya akan diberi nama Wisma Anak Bangsa, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan anak muda kepada BN.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Briged Gempur Pemuda BN Parlimen Pasir Salak di perkarangan Stesen Bas Kampung Gajah, dekat sini, pada Ahad

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");