Perak Hari Ini

Terapkan Konsep Perpaduan “We Are Brothers” Dekati Masyarakat Cina

SELAMA:Konsep perpaduan dan saling mempercayai menjadi pendekatan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mendekati masyarakat Cina di kawasan itu.

Jelas Hamzah, tugasnya adalah mengembalikan sejarah bahawa satu ketika dahulu semua masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.

“Ketika kita duduk di kampung, kita bukan sahaja saling memahami mengikut budaya masing-masing dan memberikan sokongan atas apa yang dilakukan.

“Saya cuba mengembalikan semula semangat perjuangan kita bersama semenjak kita merdeka sehinggalah ke hari ini yang penting adalah menyatupadukan semua kaum supaya mereka lebih yakin terhadap parti yang stabil iaitu kerajaan yang benar mendokong cita-cita untuk membawa semua kaum maju ke hadapan mencapai kejayaan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Sembang Santai Bersama Masyarakat Cina di Dewan Chee Seng Selama di sini hari ini.

Jelasnya  agenda perpaduan hanya boleh dibawa oleh BN berikutan masih berpegang teguh kepada prinsip bersama untuk memajukan negara.

Hamzah turut menerapkan pendekatan “We Are Brothers” bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan antara masyarakat Cina di Selama.

Pengerusi MCA Larut, Ng Chong Lim mengakui konsep “We Are Brothers” terbukti berjaya mendekatkan masyarakat Cina dengan kepimpinan Datuk Seri Hamzah untuk membangunkan pembangunan setempat.

“Datuk Seri Hamzah sentiasa bersama kami sentiasa membangunkan tempat ini secara bersama-sama  kami mahu gabungan “We Are Brothers” diteruskan sampai bila-bila, bukan hari ini sahaja tetapi ia telah diterapkan sekian lama,” katanya.

Sementara itu Hamzah turut mengakui masih terdapat kumpulan yang tidak memberikan sokongan sepenuhnya kerana salah mentafsir perjuangan asal BN sejak ditubuhkan hingga kini.

“Tetapi kita secara perlahan-lahan terangkan mungkin mereka akan kembali bersama apa yang penting percaya mempercayai satu sama lain,” katanya.

Katanya pemimpin BN  juga dinasihati tidak mengeluarkan kata-kata yang  dikhuatiri akan merosakkan usaha pembangunan selama ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");