Perak Hari Ini

Terima Kasih Rakyat… – MB Zambry

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada rakyat kerana terus memberi dokongan kepada kerajaan negeri selama 5 tahun walaupun terdapat beberapa dakwaan dan fitnah yang dikenakan ke atas pimpinan kerajaan negeri selama ini.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut memohon maaf kepada rakyat sekiranya terdapat beberapa kelemahan beliau dan barisan kepimpinan lain dan berjanji akan memperbaikinya di masa hadapan, jika rakyat terus memberi mandat kepda Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU14).

“Kami juga manusia biasa yang tidak lari daripada sebarang kekurangan dan kami berjanji akan terus memberi yang terbaik kepada rakyat.

“Kami berdiri di sini bukan atas nama keangkuhan tapi berdiri di atas sifat rendah diri,” katanya dalam satu sidang media berkenaan perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Negeri Ke-13 di Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, dekat sini, pada Isnin.

Turut hadir, barisan EXCO kerajaan negeri.

Ketika ditanya sama ada Zambry berpuas hati terhadap segala kejayaan yang kerjaan negeri berjaya dicapai dibawah pentadbiranya, beliau menidakkan perkara tersebut.

“Perasaan berpuas hati itu relatif. Ia akan membuatkan kita rasa selesa kerana yang paling penting saya dan rakan-rakan EXCO dan ADUN sentiasa bersungguh-sungguh melalukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang terbaik untuk negeri Perak,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi BN Perak berkata, menifesto negeri akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tambahnya, menifesto tersebut akan selari dengan menifesto BN di peringkat nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");