Isu Panas

Tiada Calon Luar Di Tambun

IPOH – BN tidak akan meletakkan calon luar di kerusi Parlimen Tambun pada PRU14 ini.

Pengerusi BN Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, berdasarkan sumber rasmi parti tiada mana-mana calon luar yang akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Katanya, sebarang mesej atau maklumat tular mengatakan calon luar bertanding itu hanyalah khabar angin yang mahu merosakkan persiapan jentera di kerusi Parlimen Tambun.

“Kita memahami kuasa memilih calon itu hak perdana menteri tetapi kita yakin pimpinan mengambil kira saranan di peringkat akar umbi yang secara tegas menolak calon luar diletakkan di kerusi Parlimen ini.

“BN Tambun ada ramai pelapis kerana barisan yang ada cukup untuk mengisi kekosongan yang ada jika diperlukan. Sebagai contoh kita ada Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Azizul Kama Abdu Aziz yang boleh diketengahkan,” katanya lapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas timbul desas-desus kononnya ada calon luar dari Bahagian Tambun yang akan bertanding di kerusi itu pada PRU14 ini.

Aminuddin berkata, selepas Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan perletakan semua jawatan dalam parti, BN Bahagian Tambun terus mempersiapkan barisan kepimpinan dan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

“Jadi, saya minta jentera supaya fokus dan jangan layan sebarang khabar angin atau provokasi yang mahu melemahkan semangat.

“Kita memang dari dulu dah perjelaskan tentang calon luar ini dan teruskan bekerja untuk mempertahan kerusi Parlimen dan dua Dun supaya kekal milik BN,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tambun berkata, pimpinan memang menyedari kesan jika calon luar dinamakan untuk bertanding di kawasan Parlimen Tambun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");