Sukan Hari Ini

Tiada Masalah Pegang Dua Jawatan: Tunku Imran

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, tidak melihat beban tugas bersama persatuan lain menjejaskan mana-mana calon presiden MOM yang akan bertanding bulan depan.

Beliau sendiri memegang jawatan Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA) selama 10 tahun dan dalam masa sama memikul tugas selaku presiden MOM dan segalanya mampu berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, Tunku Imran turut merujuk kepada beberapa situasi melibatkan persatuan panas seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mungkin perlu dihalusi sebaik-baiknya oleh calon terlibat.

“Ia bergantung kepada calon-calon untuk menerima jawatan dalam MOM sementara memiliki tugas bersama persatuan lain.

“Saya memiliki pasukan yang baik dalam MCA dan MOM bagi memastikan kelangsungan dalam setiap perkara yang dijalankan,” kata Tunku Imran, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");