Perak Hari Ini

Tiada Masalah Pejawat Awam Bertanding PRU-14

IPOH:Pemilihan calon dikalangan penjawat awam untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terserah kepada hak dan minat individu tersebut, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Katanya, bertanding atau tidak adalah bergantung kepada calon tersebut namun syaratnya jika masih dalam perjawatan individu tersebut perlu meletakkan jawatan seperti prosedur biasa yang ditetapkan.

“Jika nak bertanding dan dipilih untuk bertanding, bertandinglah tapi mereka jika dipilih bertanding syaratnya bila dah jadi calon, kena ‘tender’ perkhidmatanlah, maka ikutlah prosedur biasa ,” katanya ketika ditemui media pada penghujung Majlis Wacana Jelajah TN50 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs),di Bangunan Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Bagaimanapun setakat ini beliau mengakui belum menerima sebarang maklumat calon yang akan bertanding pada PRU-14 melibatkan kakitangan awam.

“Sokong peribadi individu dia nak jadi ahli politik terserah pada masing-masing, kena ada minat dan kualiti tertentu terserah masing-masing.

“Semua penjawat awam adalah aset negara bertanding atau tidak adalah hak individu, mungkin dia nak berkhidmat terserah masing-masing rezeki lain itu,” katanya.

Terdahulu Majlis Wacana Jelajah TN50 anjuran Cuepacs di Perak bagi siri ke-10 hari ini telah dihadiri oleh tiga orang panel berpengalaman iaitu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda serta Suhaimi Buyong selaku moderator.

Wacana itu telah disaksikan oleh lebih 200 kakitangan awam yang membincangkan pelbagai topik serta inspirasi menjelang TN50.

Sementara itu, mengulas isu yang sama Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda pula berpendapat ia adalah satu proses biasa yang berlaku apabila menjelang PRU dan tidak menjadi halangan bagi pihak Cuepacs.

“Sesiapa yang ingin bertanding pada PRU kami ucapkan tahniah,mereka diangkat sebagai pemimpin ia bukannya satu masalah tetapi satu proses biasa yang berlaku.

“Negara kita sebuah negara demokrasi berparlimen diisi oleh wakil rakyat berperanan sebagai pengubal undang-undang jadi melengkapi diri mereka dengan ciri kepimpinan keatas negara dan pastinya ia akan jauh lebih baik daripada sekarang,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran wacana tersebut katanya, penglibatan penjawat awam penting dalam mencadangkan aspirasi mereka untuk ditinggalkan pada generasi akan datang.

“Aspirasi ini akan gabungkan dengan perkara yang digembleng menjadi satu dasar konkrit yang ketiga selepas dasar ekonomi baru, wawasan 2020, TN50 untuk melihat kepada kemampuan rakyat negara ini sentiasa mampan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");