Perak Hari Ini

Tiada Roket, DAP Jangan Terlalu Yakin

KAMPAR: Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong mengingatkan DAP supaya tidak terlalu yakin mendapat sokongan pengundi cina sepenuhnya berikutan tidak menggunakan simbol roket pada pilihanraya kali ini.

Chee Leong menyifatkan DAP sanggup menggadaikan simbol yang diperjuangkan parti itu semata-mata untuk meraih undi Melayu namun dalam masa sama mengguris hati pengundi cina mereka.

“Saya rasa DAP, dia macam terlalu yakin bahawa orang cina akan sokong mereka. Mereka ingat sokongan cina tak kan hilang sebab tu tak kisah guna simbol lain. Bagi saya, DAP guna simbol lain adalah satu cara nak tarik pengundi melayu.

“Tapi, DAP sanggup tukar lain simbol dan mereka tidak sedar bahawa mereka boleh hilang pengundi cina.

“Sebagaimana mereka begitu mudah abaikan simbol yang diperjuangkan sebegitu juga lah mereka akan lupakan rakyat yang mengundi calon mereka,” katanya ketika ditemui Peraktoday, disini.

Menurut Chee Leong, apa yang dilihat Tsunami Cina yang melanda negara pada PRU13 semakin reda dan kepercayaan pengundi kepada MCA semakin bertambah.

Malah katanya, selain disebabkan simbol roket yang tidak digunakan DAP, pengundi juga dilihat muak dengan trend calon parti itu yang gemar melompat kawasan.

“Memang strategi DAP atau kaedah mereka begitu, sebab dia tak tumpu perkhidmatan. Satu calon itu bila dia rasa sudah tidak diterima pengundi maka dia pindah tempat lain. Mereka hanya mahu jadi YB bukan mahu jadi wakil rakyat.

“Saya tengok, sebelum parlimen bubar apabila saya turun padang mood orang cina dah lain.

“Body language mereka dah lain dan lebih warm. Undi itu tak pasti tapi nampak mood mereka dah lain dari cara mereka terima saya lebih ‘welcome’.

Berentap kali kedua dengan calon DAP bagi parlimen itu bagi Chee Leong ia bukan sesuatu yang menggerunkan.

Malah katanya, calon yang DAP pilih bukanlah dikalangan orang tempatan di Kampar.

‘Saya orang tempatan dan dia orang luar. Bagi saya sebab saya orang tempatan, ada kelebihan sebab sejak kecil saya ada disini, saya ada kawan disini dan keluarga disini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");