Perak Hari Ini

Tidak Ada Menang Tanpa Bertanding Di Perak – Zambry

MANJUNG: Hampir kesemua kerusi yang yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan tiket PKR serta Pas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata tidak ada sebarang kerusi yang dimenangi oleh mana-mana calon secara menang tanpa bertanding.

Selain bakal bersaing bagi merebut kerusi Parlimen Lumut, beliau juga pada kali ini akan mempertahankan kerusi DUN Pangkor yang disandangnya penggal lalu masing-masing daripada calon PH dan Pas.

“Biasanya pada PRU lalu, kawasan Pangkor dan Pasir Panjang kita pernah menghadapi tiga penjuru, iaitu antara pembangkang dan calon bebas. Cuma kali ini tidak ada calon bebas, sebaliknya hanya calon BN, PH dan Pas,” ujaranya.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan harapan agar sepanjang tempoh berkempen ini tidak timbul sebarang isu yang boleh menyebabkan ketengangan keadaan di seluruh negeri.

“Sebagai Menteri Besar ‘caretaker’, soal keselamatan adalah penting bagi saya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak dan parti yang mementingkan soal keselamatan ketika proses penamaan calon dijalankan.

“Ini menunjukkan bahawa kita semua mahukan suasana yang aman dan tenteram dalam musim PRU ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, selepas selesai proses penamaan calon PRU14, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon DUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Zambry, pada PRU14 memecah tradisi di Perak sebagai Menteri Besar pertama BN yang bertanding di kerusi DUN dan Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");