Jenayah

Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu TMJ

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini menasihatkan orang ramai menyemak kesahihan maklumat dan berita di laman sosial terlebih dahulu berikutan penularan mesej palsu berhubung bantuan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Tunku Ibrahim.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, semalam ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menerima maklumat berhubung kehadiran sejumlah besar pelanggan di Pasaraya Econsave, Pontian setelah tersebar mesej palsu kononnya Tunku Ismail akan hadir memberi bantuan RM200 untuk membeli keperluan hari di pasar raya berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mesej tersebut adalah palsu. Penyebaran mesej seumpama itu juga dikesan di beberapa lokasi lain di negeri ini,” katanya sebagaimana dilaporkan Utusan Online, hari ini.

Beliau berkata, tindakan undang-undang kerana menyebarkan berita dan maklumat palsu boleh dikenakan kepada mana-mana individu atau pihak dan polis Johor tidak sesekali akan berkompromi dalam perkara itu.

Kelmarin, Pasaraya AEON Mall Tebrau City di sini diserbu pelanggan apabila Tunku Ismail membuat kejutan membayar kesemua barangan yang dibeli pelanggan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");