Perak Hari Ini

Ubah La Sikap Pengotor Tu Komer…

IPOH:Alangkah ruginya stadium yang telah dibaik pulih demi keselesaan penonton terjejas akibat sikap segelintir penonton yang masih tidak berubah mentalitinya dalam menjaga kebersihan.

Di sebalik laporan tentang perlawanan diantara Perak dan PKNS FC yang berlangsung pada Sabtu lalu,terdapat cerita yang kurang enak didengar di akhir perlawanan mengenai sikap penonton yang mengambil mudah soal kebersihan stadium.

Bukan sahaja sampah plastik makanan dibuang merata tempat malah ada juga segelintir penonton masih tidak mengendahkan zon larangan merokok di kawasan stadium sebagaimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan baru-baru ini.

Pengunaan stadium buat kali pertama selepas dibaikpulih menelan belanja jutaan ringgit seperti tidak dihargai oleh penonton, kebanyakan daripada kita hanya bijak mengkritik pelbagai perkara namun tidak pula bijak menjaga kemudahan yang telah disediakan.

Janganlah bersikap seperti perumpamaan kera mendapat bunga, apa salahnya sampah itu disimpan dan dibuang pada tempat yang sepatutnya.

Pandai mencari salah orang lain, tetapi sikap sendiri tetap tidak berubah, jika ketiadaan tong sampah dijadikan alasan pastinya semua perkara akan jadi rumit.

Gambar mengenai keadaan stadium yang kotor selepas habis perlawanan bola sepak tersebut tular di media sosial yang menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Tak guna hanya pandai bercakap jika kesedaran menjaga kebersihan masih ditahap mendukacitakan.

Antara komen-komen netizen yang tular mengkritik keadaan tersebut meminta agar segelintir penonton berubah sikap dan pihak berwajib turut diminta menguatkuasa larangan membawa makanan ke dalam stadium.

“Banyaknya sampah, jagalah kebersihan dalam stadium kita, kalau bukan kita yang jaga kebersihan siapa lagi?. Kita rakyat Perak perlu jaga stadium Perak itu.

“Aku siap pegang, gumpal plastik kacang putih simpan cari plastik sampah, tapi bila datang kumpulan tak faham bahasa ini rosak stadium,” antara komen netizen yang viral di media sosial.

Foto kredit-twitter Seladang Fan Club/facebook Mazlan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");