Isu Panas

Umno Kelantan Tangani Ahli Kecewa

KOTA BHARU – Umno Kelantan yakin mampu menangani individu yang kecewa kerana tidak menjadi calon  pada PRU14 dengan cara tersendiri.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan individu yang tersenarai ataupun menggunakan pihak ketiga untuk memberikan penjelasan.

Menurutnya, sudah pasti setiap kali pilihan raya pelbagai cabaran yang perlu dihadapi namun berdasarkan pengalaman sebelum ini ia mampu untuk mengendurkan keadaan sebegini.

“Kecewa ini bukan perkara baru bagi kita, kita akan  buat solat hajat dan berdoa agar ALLAH SWT memberikan ketenangan kepada kita semua.

“Yang penting sekali mereka kena taat setia dengan keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau ahli berpegang dengan konsep walak maka tidak ada masalah yang timbul.

“Sudah pasti akan ada yang kecewa. Saya yakin jika semangat setia pada parti ini kuat pada setiap ahli maka (kekecewaan) ini akan diketepikan,” katanya kepada media hari ini.

Sebelum itu beliau merasmikan Wacana Suara Akar Umbi Rakan IT/ Anak Muda dan Warga Komuniti 1 Malaysia yang turut disertai Pengarah Penerangan Kelantan, Azahar Ismail.

Dalam masa sama Mustapa berkata, sejak mengetuai gerakan Umno di Kelantan beliau tidak mengalami sebarang masalah yang menjejaskan parti.

“Kita sudah memimpin BN Kelantan sudah lama. Saya berharap apa yang berlaku selama ini tidak akan menimbulkan masalah sehingga hari membuang undi,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");