Panasnya Hari Ini

Untungnya Orang Baling

Menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) selain mengamalkan konsep berkasih sayang, itu antara prinsip Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim.

Untungnya rakyat Baling kerana mendapat wakil rakyat yang begitu aktif turun padang dan mendengar sendiri denyut nadi rakyat. 

Pada PRU13, antara aku janji Azeez adalah menyediakan kemudahan kesihatan terbaik kepada penduduk negeri ini.

Bukti Azeez mengotakan janji, satu Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Tambahan Hospital Pakar Baling bertempat di Perkarangan Hospital daerah Baling telah diadakan.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam serta diiringi Datuk Azeez Rahim.

Azeez sebelum ini menyeru ahli-ahli UMNO agar berlapang dada untuk berkongsi manfaat serta rezeki yang diterima bersama setiap golongan masyarakat tanpa mengira ‘warna’ parti.

Malah, beliau turut menekankan agar ideologi politik diketepikan apabila ia berkaitan aspek kesihatan rakyat di Baling.

Terdahulu, sebanyak RM88 juta sudah diperuntukkan untuk hospital tersebut. Tetapi di atas keprihatinan Kementerian Kesihatan yang merasakan hospital ini perlu dibina dengan lebih besar dan baik, permohonan dibuat bagi mendapatkan tambahan peruntukan RM100 juta lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");