Isu Panas

Veteran DAP Tinggalkan Parti

GEORGETOWN: Hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi DAP mendorong Naib Pengerusi DAP Cawangan Pengkalan Kota meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Penang Front Party (PFP), hari ini.

Tan Eng Tut, 72, berkata tindakan itu diambil kerana tidak lagi meyakini perjuangan parti berkenaan dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya kaum Cina

Beliau yang sudah menjadi ahli DAP selama 40 tahun berkata, parti itu kini hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu, terutamanya selepas menjalinkan kerjasama dengan Penasihat Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dulu Lim Kit Siang pernah mendedahkan skandal Bank Negara dengan menuduh Dr Mahathir sebagai dalang kepada masalah itu, malah pernah menggelarkan Dr Mahathir sebagai punca kepada semua masalah yang berlaku di negara ini.

“Tetapi sekarang, Kit Siang sanggup menjilat kembali ludahnya dan hanya berdiam diri terhadap segala tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap Dr Mahathir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Eng Tut yang pernah menjadi calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok pada Pilihan Raya Umum Ke-6 (PRU6) berkata, beliau berasa amat pelik dengan keputusan parti berkenaan yang tidak mahu menggunakan logo sendiri pada PRU14.

Katanya, tindakan itu dilihat luar biasa, selain tidak menghormati pencipta loga berkenaan yang baru meninggal dunia dua hari lalu.

“Dulu DAP bermati-matian mahu pakai logo sendiri tetapi sekarang mereka sudah hilang arah tuju dan sanggup mengenepikan perjuangan asal.

“Jika saya tidak keluar parti hari ini, saya berasa seperti tiada maruah. Saya perlu berbuat sesuatu untuk negara,” katanya yang sudah menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha DAP Pulau Pinang, pagi tadi.

Sementara itu, Presiden PFP, Datuk Patrick Ooi, berkata beliau menerima keahlian Eng Tut dengan hati terbuka.

“PFP mempunyai lebih 5,000 ahli di Pulau Pinang dan kita mengalu-alukan kehadiran Eng Tut, selain berharap beliau dapat berkongsi pengalamannya bersama PFP,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");