Berita Hari Ini

Veteran Tentera Usah Terpedaya Janji Palsu

JOHOR BAHRU: Meskipun mengundi adalah hak individu, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan tidak mudah percaya janji kosong pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berharap veteran tentera berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak menyesal pada masa depan.

Katanya, kerajaan yang mentadbir kini adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari kaedah baharu dalam penambahbaikan bantuan untuk veteran dan keluarga.

“Kita perlu berhati-hati. Ibarat kata pepatah rumput di kaki bukit yang jauh nampak lebih hijau berbanding rumput yang kita pijak tetapi keadaan adalah sebaliknya dan mungkin gersang serta ketandusan hujan.

“Gunalah kebijaksanaan ketika mengundi kerana sekiranya tersilap, kita menanggung bahana selama lima tahun dan ketika itu, penyesalan tidak berguna,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jejak Veteran dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan daripada Tabung Pahlawan untuk veteran orang kurang upaya (OKU), balu veteran OKU dan anak veteran OKU di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Anwar berkata, pihaknya turut menghargai pucuk kepemimpinan negara di peringkat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Kerajaan Pusat sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan dan sosioekonomi veteran. Ia termasuk pemimpin yang sentiasa meluangkan masa ketika wakil persatuan ingin mengadakan pertemuan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");