Isu Panas

Wan Azizah Umum Calon PKR Selangor

KUALA SELANGOR – PKR mengumumkan sembilan calon untuk Ahli Parlimen dan 21 calon Adun sempena Jelajah Harapan Selangor di Stadium Terbuka Kuala Selangor, malam tadi.

Berikut adalah sembilan senarai nama calon yang diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

1)P094 Hulu Selangor – Leow Hsiad Hui

2)P097 Selayang – William Leong

3)P098 Gombak – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

4)P099 Ampang – Zuraidah Kamaruddin

5)P104 Subang – Wong Chen

6)P105 Petaling Jaya – Maria Chin Abdullah

7)P107 Sungai Buloh – Sivarasa Rasiah

8)P109 Kapar – Datuk Abdullah Sani

9)P112 Kuala Langat – Dr Xavier Jayakumar

Berikut adalah nama calon untuk 21 kerusi Dun Selangor:

N09 Permatang Rozana Bt. Zainal Abidin

N10 Bukit Melawati Sivamalar A/P Ganapathy

N11 Ijok Dr. Idris Ahmad

N16 Sungai Tua Amiruddin Shaari

N17 Gombak Setia Hilman Idham

N19 Bukit Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

N16 Sungai Tua Amiruddin Shaari

N20 Lembah Jaya Haniza Talha

N25 Kajang Hee Loy Sian

N32 Seri Setia Najwan Halimi

N33 Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri

N37 Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Peng

N38 Paya Jaras Mohd Khairudin Othman

N39 Kota Damansara Shatiri Mansor

N40 Kota Anggerik Prof Shaharuddin Badarudin

N41 Batu Tiga Rodziah Ismail

N43 Sementa Dr Daroyah Alwi

N46 Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri

N48 Sentosa – Dr Gunaraj George

N49 Sungai Kandis – Shuhaimi Shafiee

N54 Tanjong Sepat – Borhan Aman Shah

Pada pencalonan itu, menurut Sinar Online, PKR Selangor menampilkan dua muka baharu iaitu Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Leow Hsiad Hui masing- masing bertanding di Petaling Jaya dan Hulu Selangor.

Di Dun Permatang, muka baharu iaitu Rozana Zainal Abidin yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Permatang manakala Sivamalar Genapathy dicalonkan atas tiket PKR untuk Dun Bukit Melawati.

Bagaimanapun, berlaku tiga pertukaran kerusi iaitu Dr Xavier Jayakumar yang dahulu bertanding di DUN Sri Andalas akan bertanding di Parlimen Kuala Langat bertukar dengan Datuk Abdullah Sani yang dicalonkan di Parlimen Kapar.

Sementara, R. Sivarasa berpindah ke Parlimen Sungai Buloh dengan kerusi lamanya di Parlimen Subang ditandingi Wong Chen manakala kerusi Dun Ijok dikekalkan kepada Dr Idris Ahmad.

Selain itu, antara calon yang dikekalkan di Dun masing-masing adalah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Rodziah Ismail Batu Tiga) dan Mohamed Azmin (Bukit Antarabangsa).

Status Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri menjadi tanda tanya apabila tidak mengumumkan akan bertanding di mana-mana pada sesi pengumuman, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");