Jenayah

Warga Bangladesh Maut Dihempap Konkrit 500kg

KLUANG: Seorang lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap konkrit seberat 500 kilogram yang jatuh dari lori yang sedang membuat pusingan U.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham, berkata ketika kejadian jam 4:30 petang di Kilometer 60 Jalan Batu Pahat – Mersing, Amir Mahmud, 41, membantu mengawal lalu lintas bagi membolehkan lori dipandu Ramasamy Govindran, 67, membuat pusingan U di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dikatakan sedang menjalankan kerja pemasangan paip air di lokasi kejadian sebelum berhenti untuk membantu pemandu lori terbabit.

Beliau berkata, oleh kerana kedudukan mangsa dengan lori itu terlalu dekat menyebabkan dia tidak dapat mengelak apabila konkrit itu tiba-tiba jatuh dan bergolek ke arahnya.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar yang berkemungkinan berpunca daripada kecuaian ketika meletakkan muatan,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Muhamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jenazah akan dituntut oleh majikan sebelum urusan penghantaran pulang ke negara asal dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");