Sukan Hari Ini

Welson Cipta Sejarah, Mara Ke Final

WELSON SIM mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perenang pertama negara berjaya layak ke pusingan akhir sejak 2002 menerusi acara 400 meter gaya bebas dalam Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.

Welson menduduki tangga kelapan keseluruhan daripada 14 perenang yang bersaing dalam dua acara saringan.

Perenang kelahiran Sarawak itu melakukan catatan 3 minit 51.78 saat untuk menduduki tempat keempat di belakang perenang Australia, Mack Horton.

Biarpun jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 3:49.60s, Welson bertekad akan cuba memecahkan rekod itu dalam pusingan akhir, petang ini.

“Saya masih gembira dengan catatan masa saya pagi tadi. Ini renangan pertama saya, saya agak gementar.

“Saya juga agak bimbang dalam saringan kedua kerana ada empat perenang lebih pantas daripada saya. Tetapi saya boleh ke final,” kata Welson kepada Stadium Astro.

Dalam pada itu, seorang lagi perenang negara, Tern Jian Han, meluahkan kekecewaan apabila sekali lagi gagal layak ke separuh akhir, apabila menduduki tempat ke-17, tercicir satu anak tangga daripada 16 perenang terpantas.

Keith Jit Sern Lim dan Chan Jie dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu serta Ting Jin Ping untuk acara 200m gaya bebas S-14 renang para turut gagal ke separuh akhir selepas masing-masing terkandas dalam pusingan kelayakan.

“Kekurangan kejohanan dalam kolam terbuka menjadi faktor saya gagal mempamerkan yang terbaik,” kata Jian Han.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");