BEKAS pertahanan Lincoln City, Bradley Wood digantung enam tahun oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas didapati bersalah atas tuduhan mengatur perlawanan, semalam.
Tribunal FA mengumumkan Wood “mempengaruhi pasaran pertaruhan bola sepak” dengan memperoleh dua kad kuning ketika saingan Piala FA antara Lincoln dan Ipswich serta Burnley pada tahun lalu.
Wood yang kini bermain untuk Alfreton Town menafikan dua pertuduhan berat tetapi didapati melakukan 25 kesalahan berkaitan pertaruhan dan digantung sehingga 8 Mac 2024 di samping denda STG3,725 pound (RM20,406).
“Kes terhadap Wood ialah dia merancang supaya berhati-hati, memberitahu pihak berkaitan mengenai rancangan itu bagi membolehkan mereka dan yang lainnya maklumat bagi pertaruhan.
“Data yang diberikan oleh organisasi pertaruhan mendedahkan apa yang dikatakan sebagai pertaruhan luar biasa dilakukan terhadap Wood menjadi lebih berhati-hati dalam kedua-dua perlawanan.
“Dua daripada mereka yang melakukan pertaruhan berkata mereka mempunyai hubungan rapat dengan Wood,” kata kenyataan FA lapor Sinar Harian.