Perak Hari Ini

Zambry Bawa Banyak Perubahan Di Pangkor – MCA Bahagian

PANGKOR: Penduduk setempat di Pulau Pangkor, khususnya dalam kalangan masyarakat Cina mengakui bahawa kepimpinan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, tidak pernah mengecewakan mereka.

Pengerusi MCA Pangkor, Chin Boon Hook berkata, semenjak Zambry menyandang kerusi tersebut pada 2004, banyak perubahan pembangunan ketara yang berlaku di sekitar Pulau Pangkor.

Katanya, Zambry telah banyak menambahbaik infrastruktur di kawasan setempat supaya pulau tersebut dapat menarik minat lebih ramai pelancong yang mana pada masa sama ia juga dapat menjana pendapatan peniaga tempatan.

“10 tahun lalu, jalan di Pulau Pangkor ini gelap kerana kekurangan lampu-lampu jalan. Namun, selepas beliau memimpin kawasan ini, bukan sahaja jumlah lampu jalan bertambah, malah tiang-tiangnya juga cantik.

“Beliau tidak kira bangsa apa, semua beliau tolong. Masalah rakyat di sini pun diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan pencalonan Zambry sebagai calon Ahli Parlimen Lumut, Boon Hook berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan penuh selain menzahirkan keyakinan bahawa Zambry tidak akan melupakan DUN Pangkor.

Tambahnya lagi, jika Zambry dipilih sebagai Ahli Parlimen Lumut, ianya merupakan satu kelebihan kepada masyarakat di sini yang mana mempunyai seorang ahli parlimen yang prihatin terhadap segala masalah rakyat selain boleh membawa segala isu tempatan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perjumpaan Menteri Besar dengan masyarakat India di Hotel Kejora Garden Resort, dekat sini, pada Sabtu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");