Perak Hari Ini

10 Cadangan Lokasi Best Untuk Berbuka Puasa Di Ipoh

IPOH:Ramadan sudah tiba dan dalam meraikan kehadiran bulan penuh keberkatan ini pastinya persoalan yang kerap timbul adalah di mana lokasi untuk berbuka puasa.

Selain berbuka puasa di kediaman sendiri dengan juadah yang dimasak mahupun yang dibeli di bazar Ramadan, pastinya antara pilihan utama adalah berbuka di restoran.

Memang banyak restoran yang menawarkan pelbagai pilihan menu sama ada masakan tempatan mahupun antarabangsa, namun bagi yang inginkan kelainan suasana berbuka puasa, Perak Today cadangkan 10 lokasi menarik yang bersesuaian untuk dikunjungi.

Bagaimanapun senarai 10 tempat berbuka puasa ini hanya sekadar cadangan bagi memudahkan anda memilih lokasi menikmati iftar dengan lebih mudah, sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik boleh anda pilih dan senarai dibawah hanya ikut selera ‘admin’ dan harganya juga berpatutan.

Tapi anda disarankan membuat tempahan terlebih dahulu supaya tidak perlu beratur panjang atau boleh mengundang kemarahan.

10 Cadangan Tempat Berbuka Puasa Yang Best Di Ipoh

kredit;monsterz

1-Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Dengar sahaja nama Restoran pasti pelanggan sudah dapat meneka menu utama yang ditawarkan di restoran ini yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Tetapi,restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung yang sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap dan unik boleh didapati di sini seperti belut,tomyam campur termasuk juga pemanis mulut pulut mangga.

foto kredit:Perak wow

Alamat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh: 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak
Telefon : +60 5-254 4318
Buka: 3.30 petang – 2.30 pagi.

2. Restoran M.Salim (Jalan Kampar)

Restoran ini tak perlu admin cerita lagi, kesedapan karinya dan ayam merah sejak dahulu lagi tak pernah berubah rasa.Jadi bagi peminat hidangan kari anda boleh mencuba kari kepala ikan pastinya sedap!

Restoran M. Salim
Alamat:75, Jalan Tokong Ipoh (no telefon: 05-255 5786)

3-Greentown Dim Sum Cafe

Bagi anda yang ingin mencari pelbagai hidangan Dim Sum yang halal dan enak restoran inilah tempatnya, pelbagai hidangan masakan Cina ada dijual di sini dan keadaan restoran yang selesa pastinya memudahkan anda sekeluarga menikmati hidangan berbuka puasa.

foto kredit:Have Halal, Will Travel

Greentown Dim Sum Cafe
Alamat:10, Persiaran Greentown 4,Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh
Phone:+60 5-255 2010
Waktu Operasi: 8:00 am – 9:00 pm. tutup: Selasa
WAZE: “Greentown Dim Sum Cafe”

4-Kelapa Leleh Kampor

Kedai ini terkenal dengan menu air kelapa lelehnya yang enak, tetapi tibanya bulan Ramadhan Kelapa Leleh kampor turut menyediakan juadah enak dan paling penting harga dan kuantiti makanan amat berbaloi, anda patut cuba Nasi Ole Bali yang bermula pada harga RM29.90, ada juga Set budget seperti,siakap lambak,tomyam kelapa,ayam 3 rasa dan shellout.

Alamat:Nama restoran: Kelapa Leleh Kampor
Lokasi:No.1 Gerai pertanian Jalan Iskandar Kampar (berhadapan Masjid An-Nur Kampar)
No telefon:011-13006720
Waktu operasi:3:00 PM – 12:00 AM

5-Taman Kanak-Kanak

Sebut sahaja Ais Batu Campur ‘Special’, Satay Endut dan Popia SS Ali pastinya anda tahu menu istimewa sudah tidak asing lagi terdapat di Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) Jalan Dato’ Tahwil Azhar di sini.

Lokasinya berdekatan dengan Gerbang malam Ipoh dan dibuka sekitar jam 5 petang hingga 12 malam.Jadi kalau nak rasa pelbagai hidangan legend di Ipoh ini sinilah tempatnya.

foto kredit:Jelajah Maya

6-Restoran Tok Nan Di Meru

Restoran yang bercirikan rumah Melayu Kutai ini bukan sahaja istimewa dari segi reka bentuknya tetapi juga juadah yang disediakan bercirikan makanan tradisional.

Pelbagai hidangan seperti udang galah, kambing bakar serta pelbagai hidangan dengan pakej yang berpatutan menanti kehadiran anda!

Lokasi:berhampiran bulatan meru raya, bandar meru raya Ipoh, Perak
No tel:014-948 6872
waktu operasi: 3:00 PM – 12:00 AM

7-Restoran Mecca Tower

Bagi peminat hidangan timur Tengah anda boleh mencuba pelbagai hidangan enak di restoran ini dengan tawaran pakej ramadhan yang berpatutan mengikut bajet anda.

Lokasi: 71,Jalan Meru Bestari,A2 Medan meru bestari Ipoh, Perak

8-Koboy Drimba Cafe (Tambun)

Kuah yang pekat dan pelbagai hidangan ‘seafood’ dengan pakej lengkap dengan air dan nasi cuma berharga RM35 bagi dua orang pastinya lokasi sesuai untuk berbuka puasa seisi keluarga.

Namun anda dinasihatkan membuat tempahan terlebih dahulu ya..

Alamat:No 14, Jalan SCI 1/4, Dataran Sunway, Taman Rekreasi Tambun Ipoh, Perak 31150
Utk itu segala tempahan boleh hubungi no,Pn. Myza : 017 5525265, Cik Sabrina : 011 1337 3649

 

9-Miker Food

Restoran ini menawarkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa bersesuaian dengan selera dan poket anda, jika nak menikmati sajian piza pun turut disediakan.Lokasi restoran yang santai betul-betul berhadapan padang Ipoh pastinya memberi keselesaan buat anda berbuka puasa.

foto kredit:Little Mermaid

Alamat:Jalan bandar,Ipoh, Perak 30000
No tel:016-551 4363
waktu operasi:6 pm-12 pm

10- Cafe Pokok Belacan

Di restoran ini anda mungkin rambang mata dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan di sini, daripada menu goreng-goreng, western hingga ke hidangan Steamboat semuanya enak.

Alamat:Jalan Meru Bestari A7, Ipoh, Perak 30020
No tel:013-446 3463
Waktu operasi:6.30 ptg-1 am

11-Masakan Ibu dan Masakan Sendiri di rumah pastinya yang paling enak.Jadi yang masih belum berkesempatan berbuka bersama ibu bapa dan keluarga tersayang bolehlah pulang ke kampung sempena ramadhan ini ya hargailah setiap detik bersama mereka.Bagi yang malas sangat admin cadangkan terjah saja bazar Ramadhan yang berdekatan dengan anda!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");