Perak Hari Ini

10 EXCO Perak Angkat Sumpah Jawatan

KUALA KANGSAR: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak hari ini sempurna mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, dekat sini.

Majlis turut disaksikan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja.

Mendahului senarai pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Asmuni Awi daripada Parti Amanah Negara (Amanah); ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Keong daripadaa DAP; dan Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau – PKR).

Menepati ramalan penganalisa politik tempatan, ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Amanah dan Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi – DAP) juga dilantik.

Turut mengangkat sumpah jawatan dihadapan Sultan Perak, ADUN Sungkai, A.Sivanesan daripadda DAP; Wong May Ing (Pantai Remis – DAP); Tan Kar Hing (Simpang Pulai – PKR); Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Titi Serong – Amanah) serta Howard Lee Chuan How (Pasir Pinji – DAP).

Majlis yang berlangsung pada jam 5.00 petang itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Difahamkan kemungkinan pengumuman senarai portfolio EXCO akan diadakan minggu hadapan.

Kesemua yang mereka dilantik berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti masing-masing iaitu DAP 18 kerusi, Amanah enam kerusi dan PKR empat kerusi.

Bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula, satu-satunya calon yang memenangi kerusi DUN di Perak pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lalu ialah Ahmad Faizal (Chenderiang).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");