Perak Hari Ini

14,449,200 Mengundi Esok-SPR

KUALA LUMPUR:Sebanyak 14,449,200 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyediakan 8,253 pusat mengundi yang mempunyai 28,115 saluran di seluruh negara.

Katanya, semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 5.00 petang.

“Semua pengundi dinasihatkan membuat semakan masing-masing melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my atau sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888.

“Mereka boleh menghubungi talian 0388927018 atau semak di barung SPR di setiap pusat mengundi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, parti-parti politik tidak dibenarkan membuka, menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung dengan alasan untuk membantu pengundi-pengundi menyemak maklumat pengundian mereka.

“SPR juga meminta kerjasama pengundi-pengundi supaya tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak-pihak lain kerana ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan menimbulkan masalah pada hari pengundian

“Setiap pengundi akan diperiksa jarinya untuk memastikan jari mereka bebas daripada sebarang tanda dakwat atau terdapat bahan yang boleh menghalang dakwat pilihan raya lekat dijari seperti pengilat kuku, minyak atau jari palsu malah mereka juga dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum pergi mengundi,” katanya.

SPR juga katanya meminta para majikan agar membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk pergi mengundi dan mana-mana majikan yang menghalang pekerja mereka untuk keluar mengundi pada hari tersebut boleh diambil tindakan mengikut seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun jika sabit kesalahan.

“SPR menasihatkan kepada semua pihak, iaitu calon-calon, penyokong-penyokong parti, pekerja-pekerja parti dan pengundi-pengundi supaya mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan oleh SPR dan pihak Polis DiRaja Malaysia bagi memastikan penjalanan proses pengundian Pilihan Raya PRU-14 berjalan lancar, aman dan harmoni,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");