Jenayah

4 Kereta Rosak Dihempap Pokok

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap empat kereta selain menghalang laluan di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, di sini, petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.41 petang.

“Lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengalihkan pokok berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap empat kereta yang diletak berhampiran kawasan terbabit.

“Kejadian turut menyebabkan laluan di lokasi terbabit terhalang,” katanya ketika dihubungi, malam ini lapor Berita Harian.

Katanya, pihaknya mengambil masa beberapa jam memotong pokok berkenaan dengan dibantu Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");