Jenayah

4 Laporan Kesalahan Pilihan Raya

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menerima empat laporan polis daripada pengundi yang gagal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas nama mereka disahkan sudah mengundi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata, laporan itu membabitkan empat daerah iaitu di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Semua mangsa tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana nama mereka sudah dipotong di dalam senarai pengundi sedangkan mereka belum lagi berbuat demikian.

“Wujud individu lain yang tidak dikenal pasti menyalahgunakan kad pengenalan semua mangsa untuk mengundi sebelum mereka.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dalam pada itu, Aidi berkata, proses pengundian di seluruh Terengganu secara keseluruhannya berjalan dengan lancar.

“Tiada sebarang aktiviti dan perlakuan yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian masyarakat berlaku sepanjang tempoh mengundi.

“Selain itu, keadaan lalu lintas juga terkawal dan berjalan lancar di semua pusat penjumlahan undi di seluruh daerah,” katanya.

Menurut Aidi lagi, seramai 608,603 daripada 729,038 pengundi di seluruh Terengganu keluar mengundi Rabu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");