Perak Hari Ini

61.45 Peratus Pengundi Sudah Keluar Mengundi Di Perak

IPOH:Sebanyak 1472,985 melibatkan 61.45 peratus pengundi telah keluar mengundi setakat jam 2 petang.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Mohd Nazri Ismail berkata masih terdapat sekitar 29 peratus baki pengundi yang masih belum keluar mengundi.

“Proses pengundian bermula pada pukul 8 dan ada sesetengah tempat mengalami sedikit masalah dan ada juga sesetengah pengundi walaupun telah disediakan sistem semak melalui atas talian masih beratur menyemak.

“Sekitar pukul 11 didapati barisan masih panjang mungkin ada aduan mengenai kekurangan jumlah kerusi roda dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya lagi di Perak kemudahan shuttle disediakan sebanyak 42 shuttle kepada pengundi yang berkeperluan khas.

“Bagi sebarang kecemasan hanya dilaporkan di Bagan Serai,Larut dan Bukit Gantang disebabkan masalah teknikal berkaitan elektrik tetapi telah diselesaikan serta isu tidak diberikan kertas undi kerana nama telah dipotong berkemungkinan masalah mengenai undi pos,” katanya.

Setakat ini katanya kekurangan kemudahan kerusi roda masih belum mencukupi dan pihak SPR hanya mendapat bekalan sekitar 800 buah.

“Kami masih menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi sehingga jam 5 petang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");