Perak Hari Ini

75.46 Peratus Keluar Mengundi Setelah Pusat Pengundian Ditutup-SPR Perak

IPOH:Sebanyak 75.46 peratus pengundi telah keluar mengundi setelah semua saluran pengundian telah ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Mohd Nazri Ismail berkata bagaimanapun jumlah data dijangka terus meningkat kerana terdapat Ketua Tempat Mengundi (KTM) mendahului proses pengiraan undi.

“Bagi pilihan raya umum ke-13 peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.8 peratus dan hanya capai 7 peratus sahaja lagi malah saya menjangkakan jumlah akan hampir 80 peratus berikutan data ada KTM masih belum kemas kini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas mengenai masalah gangguan eletrik yang berlaku di tiga lokasi jelas Mohd Nazri ia telah dibetulkan dan pihak KTM telah memberikan bantuan.

“Ada berlaku satu masalah gangguan eletrik petang tadi di tempat pengiraan tetapi masih cerah dan KTM telah memberikan bantuan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");