Berita Hari Ini

Ada pihak sengaja nak buat gempar isu Bagan Datuk: SPR

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya wujud proses pengiraan undi awal di P075, Parlimen Bagan Datuk, Perak seperti yang menjadi tular di mana sosial.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataannya berkata, sebaliknya berlaku kekacauan semasa proses penyimpanan peti undi awal tersebut.

“Sekumpulan individu termasuk calon dari sebuah parti melakukan kekacauan kononnya petugas SPR melakukan penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata siasatan SPR mendapati bahawa semua petugas telah mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Sebaik sahaja waktu pengundian awal ditutup tepat jam 5.00 petang, petugas SPR telah mengemas dan mematerai semua peti undi awal dihadapan semua ejen-ejen calon yang bertanding dan telah membawa peti undi tersebut ke tempat simpanan yang selamat iaitu di Balai Polis Hutan Melintang,” katanya.

Justeru, SPR menyelar kekacauan tersebut dan menafikan tuduhan yang dibuat terhadap suruhanjaya itu.

“SPR menganggap tuduhan tersebut cuba menimbulkan kegemparan dikalangan masyarakat dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi,” katanya.

Mohd Hashim berkata, SPR sekali lagi menegaskan bahawa semua proses pengiraan undi awal hanya akan dilakukan bermula jam 4 petang pada Hari Mengundi Biasa iaitu pada 9 Mei 2018 (Rabu) di Pusat Pengiraan Undi Awal yang ditetapkan oleh SPR.

“Sebelum proses pengiraan awal dibuat, kesemua pihak-pihak berkepentingan terutama calon yang bertanding akan dimaklumkan secara rasmi oleh SPR untuk hadir serta menyaksikan proses tersebut,” katanya.

Jumlah keseluruhan pengundi awal di Kem Hutan Melintang yang didaftarkan adalah seramai 1,541 orang dan 508 daripada jumlah pengundi itu memohon pengundian pos.

Jumlah pengundi awal yang layak membuang undi semasa Hari Pengundian Awal pada 5 Mei 2018 adalah seramai 1,033 orang pengundi, namun hanya 825 orang sahaja yang hadir mengundi.

Selebihnya, 208 pengundi lagi tidak hadir mengundi.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan kononnya SPR telah membuka dua peti undi awal di Bagan Datuk yang memihak kepada pembangkang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");