Panasnya Hari Ini

Adik Shahidan: Saya Takkan Jadi Boneka, Raja Perlis Tak Kenal Saya

KUALA LUMPUR: Datuk Ismail Kassim berkata, beliau tidak akan menjadi boneka kepada pihak lain, termasuk ketika menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mulai 1 November 2011 hingga 31 Oktober 2016.

Adik kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu berkata demikian merujuk kenyataan Raja Perlis yang tidak melantiknya sebagai menteri besar kerana bimbang beliau menjadi boneka pihak lain.

Adun Tambun Tulang itu berkata, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkata demikian kerana tidak mengenali dirinya.

“Saya pernah jadi pengerusi besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik. (Saya jadi) pengerusi suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.

“Saya satu-satunya pengerusi yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif, maknanya saya tak perlu pujuk perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.

“Maknanya seperti tender projek dia bagi dekat saya, saya tak perlu rujuk kepada perdana menteri,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific bersama 8 adun BN lain, malam tadi.

Seorang lagi adun BN daripada MCA tidak hadir kerana perlu menghadiri majlis lain.

Semalam, 9 adun BN memboikot upacara Datuk Seri Azlan Man mengangkat sumpah sebagai menteri besar penggal ke-2 di depan Raja Perlis di Istana Arau.

Tuanku Syed Sirajuddin yang murka dengan tindakan 9 adun BN itu berkata, beliau tidak melantik Ismail memimpin negeri itu kerana tidak mahu seorang menteri besar boneka yang dikawal kuasa luar.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pelantikannya menerajui SPAN adalah membuktikan kredibilitinya dipercayai orang lain ketika itu.

“Tuanku kaitkan saya tentang kerahsiaan dan boneka, saya dah tarik diri dah. Tak timbul soal boneka, tak timbul Datuk Seri Shahidan Kassim nak bagi (jawatan menteri besar) kat adik, dia tak timbul dah, adik bongsu ke, adik sulung ke, tak timbul.

“Merujuk kepada ketua tak salah, kalau ada masalah boleh merujuk, dia juga mencari penasihat yang baik boleh.

“Tak timbul soal boneka, itu soal alasan…kalau diberi kepercayaan, bila kita angkat sumpah kerahsiaan, kita rasa dalam diri kita diberi satu amanah yang penting,” katanya yang mencadangkan Raja Perlis mempertimbangkan pelantikan menteri besar daripada kalangan 8 adun BN lain, kecuali Azlan.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");