Perak Hari Ini

Adun DAP Beri Sumbangan Pada Kerajaan Bayar Hutang Negara

IPOH:Tular pelbagai tindakan dan reaksi pelbagai pihak terhadap Kerajaan yang kini dibawah pimpinan Pakatan Harapan berkaitan dengan nilai hutang negara kini termasuklah yang terbaru pemberian wang peribadi daripada orang awam.

Turut tampil bertindak sedemikian empat wakil rakyat Parti DAP yang menyatakan kesediaan menyumbang wang peribadi mereka kepada kerajaan bagi membantu mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung kini.

Empat Adun tersebut iaitu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan menyumbang sebanyak RM16,000, V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) RM8,000, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh (RM8,000) dan Adun Kepayang Dr Ko Chung Sen turut menyumbang sebanyak RM10,000.

Jelas Nga, tindakan menyumbang seluruh wang gajinya pada bulan ini kepada kerajaan Pakatan Harapan sebagai tanda solidariti dan semangat patriotik bagi membayar hutang negara.

“Jumlah besar hutang  RM1 trilion ini terpaksa ditanggung kini akibat penyelewengan, ketirisan yang berlaku oleh kerajaan lama dan membimbangkan namun semangat ditunjukkan  rakyat Malaysia sangat baik apabila ada seorang lelaki bertindak menulis surat kepada kerajaan dan memberi wang sebanyak RM100 kepada untuk membayar hutang ditanggung kerajaan.

“Ini adalah kisah yang cukup baik manakala ada seorang lelaki menderma lima peratus wang gajinya bagi membantu kerajaan baru membayar hutang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya, jumlah tersebut bukannya besar bagaimanapun ia mencerminkan satu semangat patriotik serta sokongan kepada kerajaan baharu kini.

“Saya yakin kerajaan baru ini adalah kerajaan berintegriti dan yakin dengan pengurusannya dan sumbangan gaji saya ini akan digunakan pada keperluan yang sepatutnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");