Perak Hari Ini

Agensi Bergabung Bawa Anak-Anak Yatim Beli Persiapan Aidilfitri

IPOH:Seramai 50 orang anak yatim dari Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu, Gunung Rapat, bertuah apabila dibawa membeli-belah kelengkapan hari raya oleh Persatuan Pegawai Kanan (Paduan) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Kesemua anak-anak tersebut dibawa ke pusat beli-belah Econsave cawangan Jelapang, yang turut menjadi salah satu penaja bagi sumbangan kepada anak-anak tersebut.

Menurut Presiden Paduan, Zulqarnain Mohamad, program hari ini merupakan penganjuran kali ke-5 yang dijalankan setiap tahun sebagai satu program tanggungjawab sosial (CSR) anjuran pihak MBI.

“Kita harapkan sumbangan ini dapat membantu menceriakan anak yatim bagi menyediakan persiapan sambutan hari raya kelak,” katanya.

Katanya, seramai 50 orang anak yatim dan 30 ibu tunggal terpilih akan menerima bantuan yang turut melibatkan pelbagai agensi lain seperti Persatuan Kebajikan Media Perak, Hotel Impiana, Econsave dan Yayasan Abu Bakar.

Sementara itu, Pengurus Cawangan Econsave Jelapang,Mohamad Shahazudin Manaf berkata bagi kali ini pusat beli belah tersebut menyediakan baucer berjumlah RM50 kepada setiap anak yatim dan ibu tunggal terpilih.

Turut mencuri tumpuan empat adik beradik yang merupakan penghuni rumah anak yatim tersebut yang dilihat saling membantu sesama sendiri memilih pakaian dan keperluan untuk sambutan hari raya kali ini.

“Pemberian ini diharap dapat meringankan bebanan mereka menyediakan persiapan hari raya yang akan tiba nanti dan baucer RM50 akan digunakan oleh mereka membeli apa sahaja kelengkapan yang diingini mereka,” katanya.

Kepada yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 0809 00000 1303 atas Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");